Friday, May 2, 2008

BtuL ke ni REzeKI ???

Assalamualaikum.....

terlebih dahulu, bermula pada saat ini S* akan menggunakan kata ganti diri pertama sebagai g(x)....ok...kalau cibon dengan kelirunya, hari ni g(x) nak berkongsi pengalaman dengan bloggers sekalian mengenai "REzeKI".hehehe....
kejadian ini berlaku beberapa tahun lalu apabila g(x) balik cuti semester. Pada suatu petang,<===ceh poyo plak ayat nie..g(x) telah menemani seorang rakan ke Chow Kit Road. Malangnya, ketika rakan g(x) sedang membelek-belek topi m.u di salah sebuah kedai....tiba-tiba.....g(x) telah didatangi seorang lelaki yang agak berumur. pakcik tu memeluk bahu g(x) seolah-olah kami telah lama berkenalan...ish...ish...ish...
belum sempat g(x) mengajukan soalan padanya....
"pakcik ade barang baik punye"tanya pakcik tu...
hati g(x) mula berdebar sambil menjawab "barang???"
"nak tak...dari sabahan...murah je cuma RM20..umur 17 tahun"tanya pakcik tu lagi..
degupan jantung g(x) semakin kencang,rakan g(x) pula dah hilang dari pandangan..ke mana ntah...g(x) cuba menepis pelawaan tersebut...
"tak pe la pakcik"g(x) menjawab.
"jom la...tak nak tak pe,tengok je dulu"tambah pakcik tu sambil tarik tangan g(x) ke destinasi yang belum pasti(syurga duniawi)..
g(x) semakin gementar dan cuba melarikan diri dari pakcik tu...
"takpe la pakcik,saya taknak"g(x) memberitahu berulang-ulang kali pada pakcik tu.
tempatnya tak jauh,cuma beberapa langkah saja...g(x) sempat la tengok tempat tu...pintunya di belakang sebuah rumah kedai...di sana terdapat seorang pemuda bertubuh sasa sedang menjaga pintu masuknya....tak jauh dari situ kelihatan seorang pemuda berkaca mata hitam sedang merokok..(mayb bosss dorang kot)
g(x) cuba mengelakkan diri dari terjebak ke alam "syurga dunia" dengan cara baik kerana dikhuatiri g(x) akan ditembak atau dibunuh setelah menolak pelawaan itu..
Tapi Tuhan itu Maha Kuasa...Alhamdulilah....g(x) dapat meloloskan diri tanpa sebarang kecelakaan...hahaha...biase la hero mana bley mati...
g(x) bergegas keluar dan mencari rakan g(x) tadi...blum sempat g(x) memberitahunya, tiba-tiba g(x) terdengar siulan tikus(bak kata nabil suara tikus mengorat awek tepi jalan)..g(x) berpaling ke arah siulan itu,rupa-rupanya........
pakcik tadi tu memanggil g(x) lagi sambil menggayakan isyarat "JOM"
g(x) pun tak layan lalu mengajak rakan g(x) beredar dari situ...[fobia beb]
selepas insiden itu,g(x) memberitahu rakan-rakan g(x) kerana sehinggakan pada hari ini g(x) sering memikirkan "kenapalah antara ramai pengunjung di Chow Kit road tu, AKU jugak yang dipilihnye>>>ish...ish..ish...konpius AKU"
g(x) bertanyakan soalan itu pada rakan-rakan,tapi inilah jawapan dorang:

a) muke ko lebih matang kot
b) mayb muke ko memang muke pelanggan tetap kot<<<
c) tak tau la
d) MAYB 2 REZEKI KO KOT....hahaha...
BTul kE niE rEzekI???hehehe.....
jawapan nyer tentu tidak....mayb nie lah cobaan....


“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

renuNG-RenuNgkan daN mAri BerAmaL...